Sunday, August 1, 2010

Perginya sorang sahabat ..

BESUT – Perkelahan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang, Kelantan, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas ketika sedang mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Mohamad Shah Akhmal Khali, 19, penuntut tahun dua UiTM itu dikatakan berada atas batu, sebelum tergelincir dan terjatuh ke sungai. 

Rakan mangsa, Mohd Hasif Mohd Yahya, 19, berkata, pada awalnya mangsa berjalan melalui air cetek pergi ke batu berhampiran air terjun tingkat dua pusat perkelahan itu sebelum tergelincir dan menggelongsor jatuh ke dalam sungai. 

Menurutnya, tangan mangsa kelihatan terkapai-kapai selama beberapa saat sebelum tenggelam dan ketika itu dua rakannya yang lain terjun untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana arus sungai deras, manakala mangsa pula sempat menarik badan dua rakannya. 

“Mangsa yang tidak pandai menyelam timbul sekejap saja di permukaan air kemudian terus tenggelam, manakala Ahmad Fuad Yusof Ros, 19, dan Abdul Mukhiriz Che Mat, 19, yang cuba menyelamatkannya gagal membantu,” katanya. 

Mohd Hasif berkata, mereka cuba mendapatkan bantuan penduduk kampung yang kebetulan berada di situ dan kemudiannya menyelam mencari mangsa. 

Katanya, kira-kira 15 minit kemudian mangsa ditemui tidak jauh dari tempat dia jatuh dan tenggelam. 

Menurutnya, dia yang mengenali mangsa sejak tahun satu tinggal sebilik dengan mangsa di asrama UiTM itu, malah dia turut membonceng mangsa menaiki motosikalnya untuk ke air terjun itu sebelum kejadian. 

“Kami datang 14 orang, termasuk mangsa menaiki tujuh motosikal dan saya membonceng mangsa. 

“Sejak seminggu lalu mangsa sudah menunjukkan perubahan ketara apabila dia tiba-tiba menjadi seorang periang, suka berjenaka dan bergurau senda sedangkan sebelum ini dia agak pendiam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Besut, semalam. 

Mohd Hasif berkata, mangsa baru pertama kali datang berkelah di Air Terjun Lata Tembakah dan dia beria-ria untuk ke sini dan tidak sangka semalam juga adalah hari terakhirnya. 

Mayat Mohamad Shah, penuntut jurusan perbankan berasal dari Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu punca kematian mangsa adalah akibat lemas serta tidak ada unsur jenayah.

p/s: aku dah link kan FB dorang ..
dan, tak tahu lah ape reaction aku kalau arwah tuh Adib Nafami ...

********************************************************************************************

arwah housemate   Adib nafami .. adib pun termasuk dalam 14 orang student yang pergi tuh .. mase sampai sane, adib ade text, nak mandi kat lata tembakah .. so, ak pun tido balik .. then , bile dia kol lg cakap kawan dia dah meninggal .. cepat sangat kan .. tuhan nak amik nyawa hambaNya .. :(

so semalam, jenazah dah selamat di mandikan .. kuarga arwah dr Hulu langat dah sampai nak tuntut jenazah .. 

1 orang comel sedang berkata kata:

sweet-ladybird said...

batu2 kat situ memang licin.. berhati2.. akak pernahjatuh kat situ sebab tergelincir.. dagu akak pecah dan terpaksa gi klinik tuk jahit.. pengsan terus sebab banyak darah keluar..

Sunday, August 1, 2010

Perginya sorang sahabat ..

Posted by cik hana nasir at Sunday, August 01, 2010

1 orang yang mengoment on "Perginya sorang sahabat .."

sweet-ladybird on August 28, 2010 at 5:40 PM said...