Sunday, January 31, 2010

CiNtA fArHaNa

p/s..>gamba gamba ini ku guna untuk menambah seri entry ini ya.. tiada kene mgena antara yang idop dan mati..wsalmmm.. =)

Benarkah apa yang aku lihat? Itu sepatutnya persoalan pertama yang patut aku tanya sewaktu terpandang Pharhein. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki tersenyum ke arahku seraya menghulurkan tangan mesra. Aku berjabat dalam keraguan yang tidak betah diusur. Pharhein tersenyum ke arahku. Aku tenggelam dalam tanda tanya. Kemudian dengan kudrat yang ada aku berusaha untuk bersuara.

Pharhein merapat pada lelaki itu. Aku dijentik cemburu. Namun apa dayaku untuk melarang darinya berbuat demikian. Di mana hak aku dikala itu. Cepat-cepat perasaan jahat ku bunuh berganti dengan yang baik supaya akal warasku bisa mentakwilkan setidak-tidaknya lelaki itu suaminya. “Ini suami saya” ujar Pharhein memperkenalkan lelaki di sebelahnya seraya mengusik rasa terperanjat dalam diriku yang akhirnya kusorok jauh-jauh. “Khai” ujarku ringkas seraya memperkenalkan diri lantas meleraikan tangan yang berjabatan. “Syafiq” pintas suami Pharhein. Dia seorang yang mesra mengenakan kopiah putih dan menyimpan janggut menampakkan wara’ lantaran membudayakan sunnah junjungan mulia. Berbeza dengan aku yang lebih selesa mengenakan jeans leweh dan baju t-shirt sesuai pula dengan diriku yang tidak pandai bergaya dan beridentitikan seorang seniman. Lantas menatijahkan aku tiada ketokohan mendampingi wanita seperti Pharhein saat itu. Kami masuk ke Restoran Terapung Puteri di Shahbandar.

“Kau dah banyak berubah Pharhein” ujarku dengan nada sinis. “Farhana! Bukan lagi Pharhein.” “Aku lebih selesa dengan namamu,Pharhein.” Dia hanya membisu. Masa merubah segalanya. Pharhein yang berada di depanku sudah jauh berubah. Dari gadis genit, lincah dan lebih selesa mengenakan skirt separa lutut dan baju top kini ayu berbaju kurung putih dan bertudung litup. Namun, keayuan wajahnya masih terserlah. Jelas seperti dulu. Seperti lima tahun dahulu sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Dia kini menjadi seorang wanita yang akrab dengan perintah agama. “masih ingat lagi Khai pada saya?” soal Pharhein meneruskan perbualan. “ masakan tidak!” ujarku sambil tersenyum pahit. “ rasanya baru semalam kita berpisah” Pharhein mencipta provokasi. “Bagaimana harus saya lupa pada wajah yang pernah mengusik cinta suatu waktu dulu” ucapku di dalam hati cuma.

Seperti sebuah drama dan aku masih ingat bagaimana cinta itu bersemadi dengan rendaman air mata insan bernama Pharhein Potter, gadis kacukan Inggeris-Budha. “ itukah keputusan muktamad Pharhein?” soalku. “ya, Pharhein memilih yang terbaik untuk Pharhein.” “terbaik? Tapi mengapa harus korbankan cinta kita?” Pharhein gugup mendengar pertikaianku. Pharhein membisu. Tiada bicara yang mampu mengisi ruang itu sehingga bayu laut Andaman menyapa muka. Lembut dan hening. Andai laut itu mampu berbicara, dia bisa menjadi hakim kepada kisah percintaan yang penuh tragis ini. Dan andai pohon Ru ini mampu melihat, dia bisa menjadi saksi terlerai janji dua insan. “ kenapa Khai nak sangat Pharhein peluk Islam?” “Demi cinta kita Pharhein. Khai amat berharap Pharhein sudi memeluk agama Islam supaya cinta kita boleh ditautkan dengan ikatan perkahwinan yang sah.” “Mengapa tidak Khai sahaja yang buktikan cinta Khai?” “maksud Pharhein?” soalku ragu dirundung gelisah. “Ikut anutan Pharhein, Budha.” Pharhein tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik sedangkan aku dihambat gelisah kemudian menggeleng perlahan demi menidakkan cadangan itu. Serentak dengan itu, air muka Pharhein berubah. Aku menyaksikan tubir matanya tidak bisa lagi menahan linangan air mata yang akhirnya mengalir lesu. Aku bersimpati namun simpati itu hanya lakonan kerana aku lebih bersimpati kepada diriku sendiri untuk teguh dengan keimanan yang nipis memelihara agamaku.

“Memang Khai cintakan Pharhein, tapi tak bermakna Khai sanggup gadaikan agama demi hanya untuk memiliki Pharhein. Kita punya prinsip,Pharhein. Prinsip ini bukan untuk digadai demi untuk mengaut sesuatu yang tidak terjamin nilainya.” Aku bersuara dengan nada lunak supaya difahami gadis itu. “Maksud Khai, Pharhein tidak ternilai di sisi Khai?Cinta kita tiada nilai? Begitu?” bentak Pharhein meningkah. “Bukan begitu,Pharhein.” “habis, bagaimana?” Aku terkasima. Tiada hujah yang mampu aku huraikan demi menyatakan untuk murtad dari agama Islam demi sebuah cinta dan kerana seorang gadis, aku tidak mampu melakukan perkara itu. Bodoh. Malah aku tidak berselera walaupun pengetahuan agamaku cetek dan tidak sehebat mana.

“ Jadi maksud Khai kita memang tidak sepadan. Cinta kita tiada nilai. Kita harus berpisah!” Pharhein membuat kesimpulan sendiri. Aku terdiam. Kelat. Hati terus dihambat keliru untuk menyatakan pendirian meskipun ia telah terpahat kukuh. Aku tidak boleh kalah kepada gadis ini. Rayuan Pharhein memerangkap diriku. Namun prinsip tetap prinsip. Tapi…….bagaimana harus kupujuk gadis ini sedangkan aku sendiri cetek pengetahuan agama Islam. Cuma apa yang hanya aku tahu untuk berkahwin dengan gadis bukan Islam seperti Pharhein, dia wajib memeluk agama Islam. Pharhein jadi tidak keruan. Dengan linangan air mata dia berlari meninggalkan aku sendirian di pantai itu. Bayu Andaman terus manyapa tubuh. Nyaman mengigit-gigit. Aku kelu dalam keliru.

Beberapa bulan selepas peristiwa itu, aku mendapat khabar bahawa Pharhein telah berangkat ke Kota Madrid mengikut makciknya. Aku membuat kesimpulan bahawa cinta antara kami telah terkubur, walaupun nisannya tidak pernah wujud. Kadangkala aku diusik rasa bersalah. Namun usikan itu cuma sekadar sebuah citra yang akhirnya kubunuh dari bertemu di garisan hayat.

Lima tahun bukan satu jangka waktu yang lama.” Pintasku setelah agak lama menyepi. “Tapi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seperti itu,Khai” ujar Farhana sambil membuang pandangan memerhati panorama di luar restoran. Sungguh tenang bayu laut Andaman setenang wajah Farhana. Adila Farhana, nama Islam bagi seorang gadis yang pernah bertahta di hatiku suatu saat dahulu. Syafiq masih ralit dengan akhbar di tangannya. “ Maksud kau?” aku menyoal. “Lagikan pantai walau sekali air bah akan berubah inikan pula manusia seperti kita” Farhana berkias denganku. Bahasanya meruntun tirai egoku. “Tapi aku masih seperti dahulu,sama seperti lima tahun dahulu” ujarku kelat.

Lima tahun berpisah dengan Farhana aku menghabiskan pengajian dalam bidang seni lukisan di dalam negara sedangkan Farhana terbang ke negara Andalus dan dia beroleh hidayah di sana setelah berkenalan dengan Syafiq di Kota Cordova, sebuah pusat penyebaran Islam pada zaman Iskandar Zulkarnain. Syafiq seorang siswazah lulusan pengajian Islam di Timur Tengah yang sedang dalam safar di Kota Cordova menjejak athar tamadun Islam yang pernah subur di sana. Melalui Syafiq, akhirnya Farhana mula berminat dan ghairah dengan Islam. Dia akhirnya memeluk Islam dan mengahwini Syafiq. Mengapa aku tidak sehebat Syafiq yang berjaya membimbing Farhana ke arah Illahi?

“ Tentu Khai masih ingat bukan?” “ Ingat?Ingat apa?” “Prinsip. Saya kagum dengan prinsip itu yang tidak mahu menggadaikan agama demi cinta dan seorang gadis Budha seperti saya. Khai masih ingat bukan? Lima tahun dahulu di tepi laut Andaman. Adakah prinsip itu masih begitu? Sejak perpisahan itu, saya mula belajar tentang Islam. Prinsip awak telah membuka minat saya untuk meneroka Islam. Rupa-rupanya Islam itu agama indah. Baru kini saya sedar, batapa indahnya Islam.” Ucap Farhana tenang menceritakan keadaannya. Aku berasa seperti batu besar menghempap berkali-kali. Nafasku tercungap-cungap. Tiada kalimah yang mampu aku lafazkan. Lima tahun berpisah Farhana belajar tentang Islam. Tapi aku? Lima tahun gundah gulana dek cinta yang tidak kesampaian. Aku sesat dalam belantara cinta yang aku ciptakan sendiri. Pertemuan dengan Farhana pada hari itu berakhir tanpa dapat aku rakamkan bagaimana kesudahanku yang sebenar. Aku dilambung rasa senak dan sesak.

Dalam sujud yang panjang aku berdoa agar aku dipertemukan dengan seorang serikandi yang solehah untuk menjadi teman hidup. Kisah cinta pada zaman jahilku segera ku usir jauh-jauh. Segera ia menjauh agar tidak datang lagi dalam gawang ingatanku. Aku semakin memahami Islam hasil usahaku mndekati seorang pendakwah. Baru aku sedar. Betul kata Farhana, Islam itu adalah agama yang indah. Aku memanjat rasa syukur kerana dilahirkan mengenal agama ini. Menganutnya merasai kedamaian. Menghayatinya merasai keselesaan. Keesaan Allah itu adalah hakiki, keimanan itu melahirkan ketaqwaan, bunganya segar mewangi, putiknya syariah,bajanya akidah dan hiasannya akhlak. Islam terlalu agung. Aku telah memilih jalan itu. Namun hobi dan kencenderunganku masih tidak terabai. Aku masih seorang pelukis muda. Berkat usahaku, aku mampu menjual hasil lukisanku hingga ke luar negara terutama negara Timur Tengah. Aku berjaya membuka galeri lukisanku sendiri dan ingin aku abadikan kenanganku bersama insan tercinta di atas kertas kanvas itu. Bagiku, cinta itu terlalu mahal takrifnya dan aku tidak bisa mentafsirnya. Aku sering beroleh keinsafan ketika melukis alam ciptaan Allah. Di situlah aku mula berlajar bahawa alam yang cukup sempurna ini mempunyai pencipta yang agung. Dari hari ke hari aku semakin tenang. Hidupku lapang.

Hampir setahun berlalu. Semalam semasa sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, aku disapa Farhana. “Ah, Farhana! Mana Syafiq?” Farhana masih terdiam sambil mengukir senyuman yang tawar. Kelat. Dalam pertemuan yang singkat itu, Farhana memberitahuku bahawa suaminya telah kembali ke Rahmatullah kerana menghidap sejenis penyakit barah. Aku kelu. Simpati mengusik. Rasanya seperti baru semalam aku,Farhana dan Syafiq berbual-bual. Namun hari ini semuanya sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah secebis nostalgia. Hari ini aku masih berfikir. Wajarkah aku memetik kembali bunga yang pernah mewangi di laman hidupku dulu? Aku keliru. Setelah beristikharah, aku bertemu jawapannya. Aku yakin kali ini. Sesungguhnya pertemuan itu adalah perpisahan. Dan kini aku telah kembali setelah berpisah. Aku yakin pada cinta yang suci. Sesungguhnya, ajal maut telah tertulis sejak dilahirkan di Lohmanfuz. Aku tidak mahu lagi kehilangan cinta itu. Kerana cintaku patut bersemadi bersama cinta Farhana. Cinta Farhana itu, cinta suciku, kau percaya bukan?

0 orang comel sedang berkata kata:

Sunday, January 31, 2010

CiNtA fArHaNa

Posted by cik hana nasir at Sunday, January 31, 2010

0 orang yang mengoment on "CiNtA fArHaNa"